SHAH ALAM, 4 Dis — Baru-baru ini pelawak Tauke Jambu melahirkan hasrat tidak menyertai program “Juara Parodi” sebagai menghormati pemergian rakannya Yus Jambu.
Kini Jep Sepahtu pula merancang untuk tidak menyertai “Maharaja Lawak Mega” tahun depan. Jep dan Syuib membentuk kumpulan kegemaran ramai Sepahtu di program realiti ini.
Bagi Jep, atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, pengalaman menyertai program kegilaan ramai itu bersama-sama Yus Jambu, juga mesra dipanggil Pak Yus, menjadi kenangan yang cukup istimewa buatnya.
“Selepas pemergian Pak Yus, saya rasa saya tidak masuk lagi program 'Maharaja Lawak.'
“Program itu cukup meriah dan istimewa kerana adanya orang-orang seperti Pak Yus yang memeriahkan lagi program itu,” katanya ketika ditemui ProjekMMO malam tadi.
“Program itu juga cukup bermakna bagi saya sendiri kerana kami sebenarnya tidak bertanding sesama sendiri dalam program itu, peminat yang menilai [sebagai pertandingan] dari luarannya. Kami sebenarnya sebagai satu keluarga.
“Jadi saya tidak rasa saya dan Syuib akan masuk Maharaja Lawak dalam masa terdekat ini,” katanya lagi selepas majlis tahlil buat Allahyarham Yus Jambu.
Sebelum ini Tauke, atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, memaklumkan akan berehat daripada program “Juara Parodi.”
Tauke bersama Yus Jambu dan Misha Omar membentuk kumpulan Kobis Pedas di program komedi yang disiarkan jam 10 setiap Jumaat di saluran Astro Warna.
Yus, atau nama sebenar Yussry Edoo, 39, meninggal dunia 30 November lalu di Hospital Selayang selepas mengadakan persembahan Raja Band di Kuala Lumpur.
Beliau mula dikenali selepas menjuarai “Raja Lawak” musim pertama pada 2007.
Program “Maharaja Lawak Mega” yang disiarkan sejak 2011 di saluran Astro menghimpunkan pelawak-pelawak terbaik program sebelumnya “Raja Lawak,” antaranya Yus, Tauke, Jep, Syuib, Johan, Zizan Razak dan Jihan Muse.
Ana Zuan Naufizz
...Hanyalah seorang murba yang berhak untuk berbicara...
Monday, December 14, 2015
Demi Yus Jambu, Jep Sepahtu ingin undur dari ‘Maharaja Lawak Mega’
Saturday, November 21, 2015
#TIPS : Kelebihan Serbuk Kopi Yang Memang AWESOME!
Ini adalah fakta yang tersembunyi tentang pembuatan kopi. Kalau korang seorang penagih aroma dan rasa kopi yang tegar, dah tentu secara tidak langsung korang akan menghasilkan banyak lebihan sisa serbuk kopi yang terpakai, betul tak?
Setiap minggu mengumpul lebihan serbuk kopi, apa sebenarnya yang korang boleh buat dengan sisa buangan tu? Haaa lebih elok simpan daripada dibuang sebab banyak kebaikannya.
Jom kita usha macam mana korang boleh memanfaatkan penggunaan libihan serbuk kopi dekat rumah. Jeng jeng jeng!
Jadikan Baja
Kebaikan membuat kopi menggunakan cara manual ringkas seperti penapis kertas dan serbuk kopi adalah setelah keduanya selesai diguna pakai, ia akan menjadi hancur. Serbuk kopi begitu kaya dengan kandungan nitrogen dan itulah yang menjadikan ia sebagai komponen baja terbaik yang boleh menyumbangkan nutrien untuk pohon jagaan korang! Tapi, pastikan serbuk kopi telah betul-betul hancur dan menjadi halus sebelum korang menaburkan ia sebagai baja pohon.
Membersihkan Kotoran Pinggan Mangkuk
Disebabkan serbuk kopi mempunyai tekstur yang agak kasar, ia memang berfungsi sebagai penyah kotoran. Jadi, bolehlah korang gunakan serbuk kopi untuk mencuci pinggan kotor.
Taburkan serbuk kopi pada hamparkan napkin kecil atau apa-apa kain yang bersaiz kecik. Bunjutkan serbuk kopi berkenaan dan tadaa! korang sekarang dah mempunyai span pencuci pinggan DIY menggunakan serbuk kopi.
Pengelupas Semula Jadi
Disebabkan serbuk kopi ini dikenali sebagai penanggal kotoran terbaik, ia juga boleh dijadikan pengelupas semula jadi yang berkhasiat untuk kulit badan manusia. Senang je, korang cuma perlu campurkan satu bahagian serbuk kopi bersama minyak zaitun dan urutkannya ke permukaan kulit secara lembut dan rata. Serbuk kopi sebagai mekanisma pengelupas manakala minyak zaitun bertindak sebagai pelembap kulit.
Bantu Pulih Calar Pada Perabot
Amende? Dekat rumah korang terdapat banyak perabot yang bercalar? Ah senang je! Campurkan serbuk kopi bersama air suam dan sedikit cuka, lepas tu sapukan diatas permukaan perabot rumah korang yang calar itu. Hasilnya, perabot korang akan kelihatan seolah masih baru!
Buat Peti Sejuk Berbau Segar
Serupa dengan soda bikarbonat, serbuk kopi boleh menjadi penghilang bau. Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam peti sejuk yang bertindak untuk menyerap bauan hapak dan busuk.
Mudah kan? Selamat Mencuba!
Friday, November 20, 2015
....Tips kesihatan....
Sebagian dari kita ada yang menanggap bahwa belum makan kalau belum menyantap nasi. Dan kadang ada juga yang menyantap nasi yang dicampur dengan mie instan. Rasanya memang enak.
Nah, masalahnya tahukah kita bahwa di balik menyatunya dua makanan sumber karbohidrat dan kalori cukup tinggi ini dan ternyata kurang bagus bagi kesehatan, bila terlalu sering dan terus menerus.
Dalam beberapa kemasan mie, ada yang mengandung 310 kalori atau setara dengan satu porsi nasi ukuran sedang lengkap dengan lauk pendukung. Tapi ada juga beberapa mie yang kadar kalorinya di bawah jumlah itu. Jadi jika satu porsi mie yang kalorinya tinggi ditambah dengan seporsi nasi, maka asupan kalori dalam tubuh dapat mencapai 600-700 kalori, meski kebutuhan kalori harian manusia 2000, jika terlalu sering bisa bikin tubuh melar.
Rasanya yang enak dan tekstur kenyalnya memang membuat banyak orang jatuh hati pada mie. Mungkin ada baiknya mulai saat ini jangan terlalu sering, memeriksa apakah mie itu sesuai dengan standar SNI atau tidak, atau mengganti 'pendamping' mie instan dengan sumber protein, serat dan vitamin lain seperti sayuran, telur hingga daging.
Kandungan garam dan MSG yang sangat tinggi membawa pengaruh yang kurang baik bagi kesehatan tubuh. Jika memang ingin mengkonsumsi mie baiknya dibatasi satu atau dua minggu sekali saja atau dikombinasi dengan sayur-saruan.
Sejumlah peneliti di Amerika Serikat juga pernah melakukan penelitian soal efek kurang baik bagi kesehatan jika mie dikonsumsi terlalu sering, sekitar 3 hingga 4 kali sepekan.
Pemimpin penelitian ini, Dr Shin, kepada Daily Mail Kamis 14 Agustus 2014, menyebutkan bahwa konsumsi yang sering itu dapat menaikkan resiko sindrom kardiometabolik. Karena selain pengawet, katanya, " Mie itu memiliki unsur kimia yang disebut sebagai bisphenol A."
Unsur itulah yang menganggu cara kerja hormon. Karena itu dia mengimbau agar tidak terlalu sering mengkonsumi mie.
Besan Didakwa Petik Nama Perdana Menteri Najib Razak Ugut Cederakan Ahli Perniagaan
Besan kepada Perdana Menteri Najib Razak, Maira Nazarbayeva didakwa mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan memetik hubunganya dengan Perdana Menteri Malaysia, lapor NYPost .
Memetik tuntutan mahkamah persekutuan Manhattan, laporan itu berkata Maira telah dituduh mengambil sedozen beg tangan Hermes bernilai US$400,000 (RM 1,715,740) tanpa membayarnya.
Wanita tersebut dikatakan memesan beg-beg tersebut pada 2014 dan 2015 menerusi sebuah perniagaan yang dikenali sebagai Samilor.
Apabila presiden Samilor, Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, Maria didakwa mengugut untuk mencederakan Bella dan keluarga.
"Kamu tahu siapa anak lelaki saya! Dia adalah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan kamu dan keluarga kamu jika kamu saman saya! ", ugut Maria memetik laporan tersebut.
Menurut NYPost, peguam yang mewakili Maria tidak mahu mengulas ketika dihubungi.-
Dik, Kakak Datang Bawa Keputusan UPSR Adik – Puteri Nabila
“Dik, kakak datang bawa keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adik. Walaupun hanya 2A 1B 2C kakak gembira dengan keputusan yang adik capai dan akan menyimpan slip keputusan ini sebagai harta peninggalan adik yang tidak ternilai.”
Antara rintihan Puteri Nabila Azaman yang berumur 19 tahun di kubur arwah adiknya, Aliff Hakim, 12, yang maut bersama bapa, Azaman Ramli, 48, ibu tiri, Noor Akmal Mohd Zain, 48; abang, Aliff Hateem, 16 dan kakak tiri, Noor Amira Syahirah Alias, 22, serta adik angkatnya, Aqeel Muslim, 3, didalam kemalangan ngeri di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman, pertengahan bulan lalu.
Puteri Nabila yang terselamat apabila tidak mengikut bapanya ke Kuantan pada hari kejadian berkata, walaupun tidak mendapat keputusan 5A, namun dia bersyukur dengan keputusan itu memandang pencapaian akademik arwah agak lemah dalam kalangan adik-beradik.
“Ketika peperiksaan percubaan UPSR, arwah hanya memperoleh keputusan 4A 1C saja dan saya percaya jika kedua-dua ibu bapa masih ada, mereka akan turut berasa bangga dan bersyukur dengan keputusan ini.”
Katanya, dia mengambil sendiri keputusan itu yang disampaikan guru kelas Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, pada hari pengumuman keputusan UPSR, Selasa lalu. Arwah Aliff Hakim adalah murid tahun enam sekolah berkenaan yang menduduki peperiksaan UPSR di seluruh negeri ini September lalu.
Bercerita mengenai dirinya, Puteri Nabila berkata, dia kini semakin tenang dan tabah menjalani kehidupan walaupun sesekali bayangan tragedi ngeri membabitkan kehilangan enam nyawa keluarganya bermain di fikiran.
“Tidak dinafikan sukar untuk saya melupakan peristiwa pahit itu tetapi sebagai umat Islam kita wajib menerima Qada dan Qadar yang ditentukan Allah. Saya sentiasa mendoakan semua mereka aman dan tenang di alam sana selain di tempatkan bersama orang-orang soleh dan solehah.”
Puteri Nabila yang kini tinggal bersama keluarga bapa saudara, Abdul Mutalib Mohamad, 52, di Taman Perumahan Gong Badak Fasa 4, Kuala Nerus, berkata, dia bersyukur kerana dapat mengambil peperiksaan Diploma Vokasional Malaysia minggu lalu.
“Saya sudah berusaha semampu daya dan berharap memperoleh keputusan cemerlang sebagai hadiah kepada kedua arwah ibu bapa saya yang mahu melihat saya berjaya. Saya juga akan menjalani praktikal di MFS Teknologi iaitu sebuah kilang membuat chip di Batu Berendam, Melaka pada Khamis minggu depan sebagaimana kehendak arwah ayah.”
Thursday, November 19, 2015
Pencuri by Mark Adam..
Hi all..hari ini saya mengepost pula entri tentang kord..sbb dah bosan..xtau nk wat ape..so I post lah begini begitu dan sebagainya..suka hati aku lahh!! xD..mmuahaha
Kord Gitar Bagi Lagu Pencuri By Mark Adam
Kord Lagu Pencuri By Mark Adam
Intro : Am....
Am C
Jangan tinggalkan auramu
F G
Di sekelilingku
Am C
Ia membuat aku termimpi
F G Am
Mimpikan kita
Am C
Jangan biarkan wangianmu
F G
Mohon memahami
Am C
Ia melekat di hidung Yang memenuhi
F G Am
Di setiap sudut mindaku
chorus :
Am C
Kan ku curi hatimu
F G
Menyamun senyummu
Am C
Kan ku culik cintamu
F G
Macam ku larikan lirikmu
Am c
Kau tak perasan aku suka mu
F G
Dari dulu lagi
Am C
Kau simpan hatiku
F G Am
Dari darjah satu (darjah satu)
Am C
Jangan senyum bila di depanku
F G
Fokusku tergendala
Am C
Kau memaksa aku menutup mata
F G
Tak sempat tutup telinga
Am
Bila kau tertawa
papapapapapapapa..........(am, c, f, g, 3X ....am, )
Am C
Kan ku kembalinya padamu nanti
F G
Bila kita berjanji
AM
Tuk sehidup semati
Ulang Chorus
F G
Dari darjah satu
Am
Aku suka kamu
